Tuesday, April 10, 2018

translator/proofreader/editor

tick tock tick tock bosan la kerja. why do i have this same thought again and again ek. aku bosan same routine. dah almost 10 years weh kerja sini mau tak bosan hahahaha. macam tak sangka wehhh nak 10 tahun dah gila la wehhh aku sendiri wonder bagaimana aku mampu bertahan.

aku rasa macam nak tukar nature kerja la. hakikatnya aku seorang yang introvert. tapi jadi cikgu. so seorang introvert kena pretend mesra all the time ni sangat meletihkan hahaha. ada tak sesapa tahu cemana aku nak jadi translator or kerja-kerja berkaitan editing/proofreading yang memungkinkan aku kerja from home? or kalau masuk office pun i could just do my work at my place no need to talk/teach hahaha letihhhhh dah ni. tahun 2018 ni kesihatan aku merudum weh. macam banyak tak sihat dari sihat acaneeee aduyai.

and if ya'll tau ada kursus2 editing proofreading translating let me know jugakla k. especially if the fee is reasonable and the place is reachable. eh banyak kau demand hahaha.

anywaaaay... we have been married for almost 5 years, and today is the first time he goes somewhere quite far for a camp.

honestly, bercampur baur perasaan ni haha. the thought of i could have my personal space is awesome. but bila fikir baju siapa nak basuh, anak siapa nak urus, kereta siapa nak drive hahaha semua ni laki iols yang banyak buat huhuhu. aku dahla bangsa suka berpikir 'what if' ni. ngeri betoi pikir what if this is gonna be forever please don't please don't aku tak ready huhuhu. padahal dulu membujang lama la jugak kannn tetiba je kau hilang arah ek padahal laki outstation 3 hari sajerrrr hahahaha.

yela, kitorang kerja same place. tapi different department so takdela asyik mengadap muka dia je kot ye pun haha. cumanya, breakfast lunch confirm sesama. pergi kerja balik kerja sesama. basically memang lebih banyak bersama dari tak bersama eh banyak nya sama sama sama hahahaha. orang tanya tak bosan ke? aku pun tak faham kenapa nak bosan aku dah pilih jantan ni jadi laki aku insyaAllah sampai mati kot hahaha. kenalah hadap lepas tu kalau dia membosankan kau ingat aku nak ke pilih dia jadi teman hidup? ehh gitchewww garang plak hakak explain kah3.

oklah, nak cari tujuan hidup pulak. gila merapu meraban macam takde hala tuju ni hahaha. k baiii.

Monday, March 12, 2018

second marriage.

kegagalan buat kau belajar what works and what doesn't. second time, you expect to be better and wiser. kau assume kau patut lebih cakna, lebih alert, lebih mahir serba serbi. but siapalah kita dalam menilai kemampuan diri. kadang-kadang tersasar sebab manusia itu fitrahnya pelupa.

aku cuba untuk terima, tapi lepas satu persatu kau tertanya-tanya kat mana effort untuk jadi lebih baik? nampak macam tak ada apa yang berubah. tapi, again, siapalah aku untuk menilai. aku cuma orang luar yang melihat. lama-lama kau decide, lantakkan ajelah. family, tapi bukan bawah tanggungjawab aku pun hahah.

anyway, nak cerita pasal depression. 

haritu, last posting aku, i wrote i was not okay. aku tulis jugak sebab aku nak jadikan satu ingatan bahawa aku juga insan lemah. aku tewas dengan perasaan sendiri. who am i to fool? diri aku kot. i know something was not right. aku kena panic attack, i couldn't breathe. aku menggigil dan aku tak boleh bersuara. apa saja laki aku cakap, aku rasa dia 'menyerang' aku. so not good.

aku macam terawang-awang. bawak kereta tanpa arah tujuan. aku tak tahu nak kemana. dengan siapa aku nak bercakap. please, jangan cakap dengan aku aku patut solat dan cakap dengan Allah. i needed someone so badly. aku mati kutu. last-last aku pi klinik. doktor tanya aku sakit apa. aku jawab, saya sakit kepala. remember aku cakap aku tak boleh bersuara? suara aku pecah-pecah dan bergetar, sebab aku tahan nangis. like, kenapa aku begitu sayu? soalan biasa sahaja seperti selain sakit kepala, mana lagi sakit? since bila sakit ni? BP you sangat tinggi ni ok ok tarik nafas lepas tarikkk lepas. doktor kata, awak bukan sakit kepala. awak tertekan pasal apa ni? awak citer kat doktor sekarang. you look so bad. tell me what's wrong.

terus aku mengongoi macam baby hahahah. gelak la kan sebab skang dah okay dah. hari tu buat aku realize, kuat macam mana pun kita rasa diri kita, kita cuma manusia biasa. ada breaking point masing-masing. rasa kelakar bila aku borak dengan member aku, dia muka tak percaya sebab dia kata dia tak sangka aku akan sehazabedah gitu. aku tatau tu pujian ke apa hahaha. hubungan dengan member aku ni aneh. we knew each other masa sambung belaja haritu. lepas tu dua-dua drop out hahaha. jarang-jarang contact, but so significant to each other. dia tak judge kesilapan aku like others do. hidup dia unik. mengabdi kan diri berbakti pada keluarga. aku kagum. dia pulak dok kagum dengan aku kata aku kuat semangat la very positive la wehhh tu semua propa berlakon baik dok adaaa aku habaq hang hahaha.

hakikatnya, aku masih lagi si paranoid dengan orang, masih lagi tak gembira bekerja hahaha. aku patut kerja tapi ni dok mengarut tang ni plak. haduyai. oklah nak work work work.

bai.

Wednesday, January 17, 2018

legendary.

it's the third week of new year. yet, nothing pleasant about work so far. but life is all good. good if it's not related to work hahahah can see tak how much i despise my job now?

speaking of new year, of course i have few things i wanna achieve. bila baca entry ain terus rasa eh macam lebih kurang sama plak dengan rancangan den ni hahaha. aku tengah berusaha keras nak hapus kan hutang-hutang jahat ni. ni semua sebab kegagalan masa muda ni. gagal kawal diri, kawal nafsu, kawal kewangan etc. acah-acah dosa silam la niiii. skang, rasakan. merana tubuh badan.

but it's okay. ain pesan kena positif. maka hakak pun pikir takpelah benda dah berlalu. sekarang mari cari jalan untuk selesaikan masalah tu. masalah duit boleh urus beb. masalah kerja eh gi mampus dulu la hahahahha nanti pikior haha. doakanlah by hujung bulan ni aku dapat selesaikan apa yang patut hehehe.

aku pernah beli rumah. in fact, aku ada rumah sendiri sebelum aku kahwin. so, itu pun satu achievement, kan? walaupun banyak masalah masa nak beli dan selepas beli, tapi tu semua pengalaman. i can proudly tell people i own a house. and aku ada rumah sewa hahahahahaha. tapi itulah, masih belum mahir selok belok pengurusan kewangan. i think it will take some time for me to solve this problem. but better late than never kan. kan kan. i should read more, and cut off expenditure yang tak perlu. but recently i develop a bad habit weh. a very bad habit la pada aku. which is, bila stress i need to shop. benda kecik-kecik je pun as long as i shop hahahaha. bahaya, kan?

but aku berjaya control diri dua tiga bulan ni bilamana aku tak pegang any cash in hands. all expenses macam minyak, tol, makan, beli barang runcit laki bayor haha. tapi aku kan shopping through online. so what i did, aku kosongkan akaun shopping rahsia aku tu. aku cuma tinggalkan rm50 je just to keep my sanity la sebab kerja aku memang tekanan banyak weh hahaha. at least oklah jugak daripada sebelum ni beratus-ratus duit aku lebur huhuhu. tapi ada lagi satu account shopping. yang ni kami laki bini share. akaun ni memang aku guna as main untuk settlekan bills payments etc. sebab laki aku ada akses to that account. so he knows every detail yang aku spend. dapat je gaji, aku akan terus masukkan duit ke situ. papehal spend situ je dulu. akaun shopping rahsia aku tu aku bekukan hahaha. 

laki aku gaji tak banyak. tapi so far tak pernah tak cukup lagi. konsep dia ambil maklumlah peranan masing-masing. sebagai isteri aku tau kemampuan dia takat mana. alhamdulillah so far aku tak rasa lagi nak demand-demand hahaha. moga kekal istiqamah la kan. aku ingat dulu bapak aku pesan macam-macam walaupun masa tu aku tak kawen lagi. dia tau masa tu boipren aku tu biasa-biasa je. anak dia pulak acah-acah ada degree kan. bapak mana tak risau. tapi dia bukan risau kat boipren aku tu hahahahah. dia risau boleh ke aku kekal menjadi 'isteri'. maksudnya, mampu ke aku hormati suami walaupun dia tak kaya, tak mewahkan aku, aku kena bantu dia secara kewangan dengan banyak etc. risau sangat aku jadi isteri derhaka, isteri yang tak diredhai huhu. tapi ni tahun ke lima aku jadi isteri, alhamdulillah Allah mudahkan. dan kami okay. sebab aku tau aku siapa. ISTERI. besaq weh title ni huhuh. untuk orang yang sangat berdikari, keras kepala, bapak aku tau aku cemana. sebab tu dia risau hahahaha.

kalau papa hidup lagi, mesti dia bangga tengok aku boleh ikut cakap dia keh3. rindunya. haih.

takpalah. his blood runs in mine though he is gone. so, takpelah. 

speaking of legendary. i am a legend. sebab apa? pm tepi ah satgi akak cite kah3. aku tatau la nak rasa apa.. but honestly, sikit pun tak sedih tak kecewa tak apa. aku rasa kelakar. nak kata marah pun tak. lebih macam rasa tumpul hahahah mampus kau la labu. i don't live for the job pun. so, sukahati. every word that came out from ya mouth pun dah menjawab kepada why i shouldn't feel a thing. it was not an issue pun because jawapan udah jelas. but yelah, to some, periuk nasi is periuk nasik. so takpelah. i'm okay. 

i am a legend. remember?

Friday, January 5, 2018

I would never be perfect

Aku insan tak sempurna. I have issues, problems etc. So sometimes i could not deliver good works or being a good teacher or being a good colleague etc.

Despite those, i still have feelings. I really wanna be good. I wanna change. I wanna prove i can do it too. But i need space. And i need to be given at least a chance. Give me the time n space i need. Let me deal with things one at a time.

People are having their own hurdles in life. And to force them, to shove your idea of being ideal to people who do not have privileges like you do is unfair. I fell down so so low; the lowest point of my life recently. 2014 was the worst year for me. 2015, i struggled so hard to pick myself up. I didn't fully succeed. 2016, i tried again, and again to no avail. I kept asking myself why people loved seeing me fail? Am i not worthy at all?

2017, i thought life would change. But it was just the same. There was light at the end of the tunnel. But the end was far far away. Too far for my reach. 2018. Nothing is great for now. I am still trying to pick myself up. Orang kata move on. But how to when people keep on trampling on you?

I am not perfect. So sometimes i made mistakes. I lost my motivation and passion. I felt betrayed. I succumb to my own ordeal.

Aku dah penat. Penat cuba nak betulkan keadaan tapi masih tak betul-betul. Mungkin betul aku sebenarnya bodoh, dan tak reti buat kerja. Mungkin.

Wednesday, December 27, 2017

panik.

1. aku panik sebab i have just realized i missed a deadline haih. punyalah buat planner bagai how can i miss thisssss omg aku sangat nervous. moga Allah permudahkan urusan aku semester ni. serious tunggang langgang sebab aku masih kategori noob bab pengurusan masa ni walaupun umur dah banyak huhu.

2. jumaat ni review result amik darah haritu. suspected ada masalah dengan tiroid hoihhh sangat tak membantu sebab sekarang jantung aku berdegup sangat kencang sebab aku tengah anxiety attack wadehek oh maiiiii why laa aku careless sangat ni huhuhu.

3. esok and lusa pengasuh anak aku cuti so berangkutlah aku ke sana kemari membawa seketul cekodok lonjong haha. dah kurang bulat dah anak aku sebab banyak main ke sana ke mari dia membebel-bebel sana sini main.

4. too many things to do, yet too little motivation hence terus procrastinate. i think i work best under pressure, but recently bila stress aku panik lepas tu aku jem. macam sekarang. i should be doing tons of work. tapi aku jem. so aku menulis kat sini. sebab aku masih panik huarrrrghhhhhhh.

5. maybe i should stop writing here. go to the toilet. do what is necessary. wudhu solat wadever. start restructuring or planning what to do first. and dont sleep until everything is settled. do not sleep or stop or rest or else you're gonna die.

6. eh why no 6? i should stop. bai.

Tuesday, December 19, 2017

blocked.

aku ada banyakkk isu nak cakap. macam mengumpat pun ye. tapi entah kenapa macam takut-takut sangat hahahahhahaah. it's like kau nak mengata tapi kau takut orang tu tahu. faham tak?

gila apadiaaa aku lama gila tak menulis. hari-hari dok rangka apa nak taip. tapi masuk opis terus kena serbu buat itu ini sampai tak sempat nak buat pape huhuh. hakikat mencari rezeki di bumi ni kohkohkoh.

aku rasa aku ni makin gila la haha. perasaan malas nak berkawan dengan orang yang nyata sebab depa ni banyak hat fake dari hat ikhlas tudiaaa jujur nau statement aku ni hahaha. aku lagi selesa kawan dengan kawan-kawan blog hat tenggelam timboi (hoiiii update la entry baru hahahah). hang rasa cemana? aku gila ka? hahahaha.

aku la ni dok guna bahasa utara mostly especially bila cakap untuk sesetengah benda. tapiiiiiii aku bukan orang utara! hahahahah mak aku ya laaa memang orang sana tapi dah murtad jadi orang kl puluh tahun dah hahaha. ni semua salah kazen-kazen aku la niiii hahaha tapi takpa aku baca study kata loghat tak mempengaruhi perkembangan pertuturan anak. so far anak aku okay ja takdak masalah macam lara alana gitewww kau banding dengan anak artis hahahha.

aku rindu nak merapu. nak meraban. nak cakap lawak bengong. tapi aku takdak kawan selain adik ipaq yang rajin melayan, dengan laki yang sama bengong cam aku. kawan-kawan kat dunia realiti semua acah-acah good2. salah melawak satgi tudiaaaa bawak mulut cam hapa mula la dok juai nama agama. kadang melawak ja pun... hang series sangat tu dah pasai paaa bitter kena madukan ka apa kaaa lek lek chill udahlaaa haha.

ntah la. aku dok hari-hari menghitung bila la aku nak dapat berhenti kerja ni hahah tapi pikiaq gaji pikiaq kena bayaq itu ini teruih poooffff padam angan-angan aku hahaha. haritu cuti 5 hari pi berjalan ostolia balik sini belum apa-apa dah plan nak cuti lagi punyalah malas keja hahahahha. haa ni nak habaq pi ostolia tu pak mertua aku belanja. kalau harap duit kami takat dapat pi tengok dekat googlemap jela hahahhaaha.

aku sayang pak mertua aku. orang dia jenis tak cakap banyak pun tapi hang tau la dia sayang anak menantu cucu dia. kali ni pi dia bawak semua anak menantu cucu wehhhhh. kalau aku jadi dia mau keriau pikiaq berapa puluh ribu dah lesap tu haha. tapi dia memang adil lah. masa aku kawen dulu memang laki claim hadiah habis belajaq pi melbourne. so sebab dah kawen dengan aku syarat laki aku pulak dia pakej dengan bini hahaha so kami pun merasa la pi melbourne. tak kisah pun pi berempat sebab kalau bukan sebab depa tak merasa aku ni jejak kaki negara mat saleh wehhh.

jangan macam sorang aku kenai ni.. dahlah orang sponsor buat gaya macam dia bayaq plak tu. sebal aku tengok dia hangennn je hahaahha. siap menggeletis taulahhh acah-acah penanten baru. aku hat penanten baru dulu pun tak berlendiaq macam dia ya aulohhh berdarah telinga ni hari-hari dapat report buat benda tak elok eh sorry termengumpat plak maafkan daku.

hahahha.

oklah, aku nak sambung kegilaan buat keja. haihhhhh acik poneng hahah. bye.