Wednesday, February 25, 2015

Rezeki terpijak.

Kembali bersiaran.

1. No, i am not pregnant sobss. A week late, then my period macam paip bocor masa hari ke-4, kombo dengan senggugut yang teruk, dan migrain. Nice. Terasa macam anak dara sakitnya tu hahaha. Bukan rezeki lagi. Kami okay je, tamau pressure stress sana sini hik hik.

2. Aku tengah tunggu nak kena temuduga pencapaian prestasi ni. Rasanya mungkin tak bagus sangat, sebab ada hal dengan big bos. But apa pun, Allah is fair. Always. Mungkin aku pun ada culas sana sini. So whatever the result is, i'm okay with it hehe.

3. Harini dapat email, kenaikan gaji 13% berkuatkuasa bulan ni. Alhamdulillah. Bukan tu je, dia bagi tunggakan bulan satu jugak. Bolehlahhh buat beli tudung ke baju ke hehehe. Seronoknya esok gaji!

4. Abah said kalau aku habis belajar, abah belanja pergi melancong. Takutnya! Now lagi memuncaklah anxiety aku hahaha. Tapi aku memang nak habiskan. Cuma mojo dah takde. Tengok artikel dah tak bernafsu. But just imagine, gaji naik 13%, gaji master plak. Fuhhhhh bape banyak tudung and baju boleh beli? Hahaha.

5. Rumah makin naik harga. Tak mampu nak beli dah huhu. Sewa pun naik mencanak. Kesian pada rakyat jelata yang masih menyewa. Tahukah kalian, masalah sosial juga berpunca daripada rumah yang sempit? Rumah besar dah mahal. Rumah burung tingkat dua macam aku pun, sewa dah 600-700. Lokasi pinggir bandar kot. Kesian. Kerajaan selangor please do something.

6. Semalam tengok baki epf. Aku takde pencen. Sedih. Dan paling takut untuk masa depan. What if the money is not enough when i retire? I need to do something. Kena juga fikir ni. I don't want it to be too late.

Penat berfikir. Nak pergi bercutilah hahahaha.

Friday, February 13, 2015

I can also be a scumbag.

1. Hari ni rasa nak menyumpah orang. Tapi masih mampu bertahan. Ada orang otak memang tercicir; there's nothing much you can do except to totally ignore them.

2. I have been unwell for few days. Badan rasa tak sedap, asyik seram sejuk kemudian dedar suam-suam je. Aku pernah terbaca antara tanda kehamilan adalah demam dan tak sedap badan. Tapi sekarang aku macam keliru ini tanda membuyung ke, atau kemalasan nak pergi kerja hahahaha.

3. Aku boleh jadi poyo jugak. Ada masa macam malas nak balas sms atau whatsapp orang. Just read, and that's it. Kalau call lagilah. Aku tak suka berborak di telefon. Malas tahap kronik. Lagipun aku tak pandai borak through the phone huhu. Mungkin juga sebenarnya tak reti bersosial hahahahah.

4. I notice i dont really like to tell people out of nowhere about my life. Untuk apa? Tapi minggu lepas ada orang sentap dengan aku sebab tak cerita mak aku nak pegi umrah. Point is, aku dah lama tak jumpa dia, and for me there is no point tetiba aku nak text dia telling this and that. Like, if you dont ask, why should i suddenly tell you? And why on earth sebab tu je pun nak snap and be angry? Haha me dont get it.

But anyway. That could be because i'm a bitch. So i dont really give a damn to others. Unless it bugs me hell so much. But again, whatever. I am more worried whether i am sick because i am pregnant or what.

Pregnant omg the word terrifies and excites me at the same time. Maybe it's just the bloody hormones. Hmmm.

Wednesday, February 4, 2015

So glad that it's finally over.

How would you feel, to be called for an impromptu meeting at almost 5.30? Kompem sakit hati and rasa dreadful sangat nak pergi menghadap bos, kan? Nak-nak, kalau akan dibambu. Lagi rasa macam nak sawan hahahaha.

Thank god, those days are over for me. Sejak letak jawatan, hidup aku tenang. Adalah once in a while diorang jentik-jentik kacau aku, tapi aku anggap itu ala-ala jentik tahi hidung jelah. Sakit hati juga, tapi bila mama beauty kata, mungkin itu juga dugaan buat aku, aku terfikir betul jugak. Allah nak tengok sejauh mana aku ni nak sabar. Nak terus senyum atau tak. But towards the end, i should just smile because that drives them even crazier, which buat aku rasa macam nak senyum lagi hahaha.

Kadang bila hidup teruji, barulah rasa macam terisi sikit kehidupan kot. Barulah ada benda nak cerita pada anak-anak. Barulah ada pengalaman. Tak adalah hambar je cerita omaknya hahahaha. Lagipun, blessing in disguise la jugak ni. I could be in my room, isolated from others. Kurang sikit nak bercakap hal orang. Amalan tak banyak, dapat kurangkan pahala mengumpat pun dah cukup elok hehe. Eh tapi ni cerita kat sini cemana pulak. Haiyoo insaflahh haha.

Trip chiang mai memang seronok, walaupun kaki macam nak tercabut. I shopped more than i did in indon. Serius banyak benda yang rasa nak je membeli hahaha. Itu pun mujur ada rezeki lebih, abah bagi seratus dollar us. Dapatlah topup duit poket. Katanya bulan 5 ada trip phuket. Tak tahu lagi yang tu kami join ke tak. Berpeluh jugak nak cari duit belanja. Walaupun cuma duit poket je hahaha.

Mom is going to umrah next week. Aku jarang kirimkan doa pada orang ke mekah. But since this time it's my mother, taklah segan sangat. And i know she will always pray what is good for us.

Suddenly i feel like crying, thinking of what i want her to pray for me. Can you guess what would it be?