Wednesday, December 2, 2015

laparoscopic surgery during pregnancy.

alhamdulillah, like i mentioned in previous post the surgery was a success. cyst was removed, and the baby is safe for now. 

when i was first diagnosed, memang terpinga-pinga sebab never thought i had one. few of the symptoms memang aku ada rasa, tapi biasalah, i simply brushed them off sebab aku fikir oh pernah jatuh, sakit pinggang sebab tergeliat ni salah tidur ni, tilam murah ni hahaha, nak period ni etc etc. banyak penyebab lain, dan memang tak terfikir cyst could be one of the reasons. 

nak dijadikan cerita, the day before nak buka buku pink aku bleeding. macam lendir, ada darah-darah coklat merah pekat. masa tu baru sampai alamanda. tahu sajalah first trimester ni, kerja nak kencing je hahaha. sampai je, terus pergi toilet. masa nak lap tu, tengok eh apa ni lendir-lendir macam bingung kejap haha. pastu message mak mertua tanya sebab beliau bekas nurse. dia kata kena check tu, and kena pantau bleeding berapa lama. disebabkan kitorang laki bini ni first timers, balik tu terus carik klinik yang boleh scan nak tengok baby ok ke tak. malangnya masa tu hari ahad, most klinik swasta tak buat, yang ada cuma hospital je memang malas la aku hahaha. aku cakap kat laki, aku pantau jela sebab esok nak pergi klinik kesihatan pun dah alang-alang. daripada petang tu sampai ke pagi esoknya, no more bleeding.

esok tu, pagi-pagi dah sampai klinik kesihatan. aku buat dekat bandar baru bangi, sebab malas nak buat dekat rumah sendiri. aku malas orang opis tahu aku pregnant haha perangai pelik sikit ni hihi. aku pakai bil rumah mak mertua, so takde masalah. ada cita kelakar masa nak bukak buku pink ni, tapi nantilah cerita. sekarang fokus cerita cyst dulu hehe. masa nurse check tu, aku kabor la ke dia yang semalam aku bleeding. dia refer doktor, doktor kata nak jumpa. so bila jumpa, doktor kata nak scan. seronoknyaaa boleh tengok baby haha. sekali doktor godek-godek, nampak ada seketul hitam besar belah kiri. eh besarnya, lagi besar daripada baby huhuhu.

doktor tak cakap banyak (sebab doktor pun tengah sarat menunggu hari je haha) so doktor pun buat surat suruh refer pakar. dia tanya nak hospital mana, aku ingat serdang jela sebab tu yang paling dekat. sekali doktor kata serdang tengah renovate, dia tak suggest aku ke sana sebab nanti lambat banyak masalah. kes aku taleh tunggu sebab aku tengah pregnant, and masih awal which is good. aku terbayang, kalaulah aku ikut perangai malas dan plan asal nak bukak buku pink lambat sikit, sah la lagi banyak masalah. memang nasib la sebab berubah fikiran last minit huhu. maka ke putrajayalah aku berjanggut tunggu giliran hahaha.

nak jumpa pakar sana pun ada procedure. kena pergi amik tarikh appointment dulu, bukan terus-terus bleh jumpa doktor. so pertama kali pergi, daftar dulu kat kaunter pendaftaran dekat pintu masuk klinik pakar. dah daftar, baru ke klinik o&g untuk dapatkan tarikh. dah dapat tarikh, datanglah dikau sekali lagi. aku punya time 11+, tapi pukul 3 baru dapat jumpa doktor. tak sampai 5 minit pun hahaha siap doktor salah bagi kad appointment patient lain lepas tu. dah kat opis baru aku perasan huhu. doktor scan, then kata dah takde, dah mengecik so tak payah datang dah. datang bila nak beranak je nanti. aku dah seronok la kan tak payah datang jauh, tunggu lama. nak parking pun setengah jam pusing huhu.

bila kau ada cyst tu, appointment jadi dua minggu sekali dengan KK. so lepas few days jumpa pakar, jumpa doktor KK pulak. and tadaaaa cyst belah kanan pulak katanya. siap dua orang doktor belek perut aku nak sahkan betul ke imej tu. serabut dah otak aku sebab kena ke putrajaya lagi huhu. doktor KK kata kenapa doktor putrajaya tak nampak benda besar macam ni. aku nak jawab pun tak tahu hahaha sebab doktor putrajaya check belah kiri je. kanan dia tak scan huhu. maka doktor tulis la surat lagi untuk rujuk pakar. kali ni doktor lain sebab doktor sebelum ni dah selamat beranak hahaha.

disebabkan dah tahu procedure, aku terus ke putrajaya untuk amik tarikh appointment. terus dapat cepat sebab ni kali kedua kena rujuk. nurse pun pelik kenapa aku datang lagi hahaha macamlah aku sesaja nak melawat kawasan haha. bila jumpa doktor pakar, dia tanya lagi kenapa datang padahal baru je jumpa haritu hahahaha sabar jelaaa aku diorang ni. aku kata sebab detect belah lain pulak. tapi bila doktor scan, kanan clear, cyst duduk belah kiri. hey, kau dah kenapa main babacak ni? duk setempat boleh? hahah marah aku kepada cyst durjana tersebut, tapi dalam hati jela. masa ni, tiga pakar, termasuk seorang MO, dan seorang intern nurse dok belek perut aku rasa macam dinodai sangat hahaha. kata sepakat dicapai - diorang suspect itu dermoid cyst, dan aku perlu dibedah segera ewah macam cerekarama masa tu aku rasa huhu.

masa doktor tengah tulis-tulis kat buku pink, aku tanya la doktor dermoid cyst tu apa. doktor kata, cyst jenis ni boleh ada rambut, ada gigi, ada tulang. dalam kepala aku - eee jenglot ke apa niiii hahaha. doktor pun macam tau-tau je, dia gelak-gelak cakap kalau orang tua-tua kata, anak jin la buatan orang la etc. tapi dermoid cyst ni sebab hormon je. aku pun tak faham sangat hahaha. mula doktor bagi tarikh 23/11, tapi nanti masa tu aku dah 15 minggu, so doktor cepatkan pada 13/11. memang huru hara kejap dunia sebab aku banyak gila kerja kena settle, student baru masuk etc. tapi doktor kata tak boleh tunggu, nanti lagi tinggi risiko, so aku pasrah jela mampusla kau kerja pepandailah kau hahaha.

doktor tanya, husband ikut tak. kalau ada, panggil masuk sebab doktor nak explain. laki aku takde, kerja so aku kata takpa, doktor explain kat saya je, nanti saya bagitau hasben. doktor pun explain all the risks. antara yang ditekankan berulang-ulang kali adalah risiko akan keguguran. doktor kata sebenarnya tak ada pilihan, memang kena operate untuk minimise the risk. kalau cyst tu pecah, or terpintal waktu baby dah besar, perut dah besar, risiko operate masa tu lagi tinggi. bukan hanya pada bayi, tapi maknya pun berisiko. sebab tu kena segerakan, tak boleh tunggu. airmata aku macam nak gugur pun ada masa tu hahahaha. tapi telan-telan air liur je tahan jangan nangis malulah nanti haha. balik tu aku diam lagi, terus balik rumah sebab doktor bagi mc hehehe. aku masak untuk lunch, laki balik kitorang pun makan sesama (eh ni pun nak citer hahaha). masa makan laki tanya okay ke tak. aku cakap okay je. masa ni dah macam ada batu terlekat kat tekak hahaha. aku kata makan dulu, nanti la aku citer detail sebab ada kabar sedih sikit, yang aku kena operate jugak tapi ada risiko kat baby. emo plak time terus berjejeh airmata sambil kunyah nasik goreng hahah ni haha hormon kot hihi. yang laki aku ni pulak buat ayat memang mintak nak kena  pijak. kau dah tau bini tengah hormon asyik nak melalak, pi buat ayat syahdu buat apa hahaa. laki aku kata, yang penting bagi dia, aku sihat. kalau bukan rezeki kita nak ada baby, kita boleh usaha lagi. saya sedia berkhidmat hahaha ayat tak boleh blahhhhhhh laki aku ni. 

sambil tunggu hari nak operate, aku google la jugak pasal operation ni. laparoscopic ni kaedah tebuk lubang je. so luka minimal, cepat baik. macam aku, doktor tebuk 4 lubang. satu kat pusat (tak nampak pun sebab memang bangsa pusat dalam tak nampak dasar hahaha, tapi boleh rasa berkuping, and macam sengal-sengal), satu belah kiri bawah, dua belah atas, jauh jugak dengan pusat, dah nak dekat-dekat bawah dada la jugak. yang paling besar belah bawah kiri tu, ada dua stapler. dalam pusat tak stapler, dua lagi satu stapler each. aku cakap stapler sebab memang jahitan tu macam stapler je. cuma stapler rupa tali tangsi gitu hahaha. 

aku carik info percentage keselamatan baby etc, tapi memang sikit sangat. surgery tu, kalau doktor tak tercocok baby insyaAllah selamat. tapi risiko dengan ubat bius. sedangkan tak pregnant pun bius penuh dah macam-macam risiko pada tuan badan, ni pulak baby yang fragile. lepas tu pulak, untuk pembedahan ni, doktor akan masukkan gas karbon dioksida untuk kembungkan abdomen. gas tu pun bahaya pada baby. tapi sebenarnya gas ni sakit dia selepas. satu badan sakit wehhhh sementara dia nak keluar habis. sampai sekarang tangan and bahu aku sakit-sakit. the day before admit, kena jumpa doktor bius. macam biasa dia akan amik rekod alahan, etc. jawab jujur, jangan sembunyi sebab kalau kau alah tapi tak bitau, bahaya sangat. sebelum jumpa doktor bius petang tu, pagi hospital call untuk tanya history keluarga, kesihatan etc. petang, kena jawab lagi hahah. ulang-ulang jela. mana ada ruang aku tanya, aku tanya macam-macam. sebelum masuk pun, kena uruskan gl jugak. insuran tak cover pregnancy matters, so bila jadi kes macam aku jadi rumit la sebab diorang kena sahkan dulu cyst ni sebab pregnancy ke tak. so aku tanya macam-macamla kat pakar sebab nak kena settle insuran ni. 

procedure admit wad tu macam biasa la. disebabkan wad o&g memang selalu penuh, lambat aku dapat katil. dia suruh datang tengahari. lepas tu dia suruh balik dulu sebab katil takde. kul 5+ baru dia call suh datang hehehe. pastu bila aku kata aku lambat sikit sebab nak tunggu suami balik ambik, pastu saya jauh sikit nak sampai dia plak marah aku hahaha. dah tu nak buat cemana, laki aku tak cuti. kenala tunggu dia habis keja. lepas tu rumah kitorang dengan putrajaya dalam 40minit jugak kalau tak jem. ni waktu orang balik kerja, paham-paham jela kan. aku buat bodoh je, sampai-sampai terus pergi kaunter, dia suruh naik atas terus. doktor cucuk nak pasang branula, gagal. nak marah, kesian sebab memang urat aku halus. kena betul-betul cekap baru senang haha. doktor baru, aku izinkan atas sebab dia nak belajar. sakit pun sakitlah. dia cuba sekali je, pastu gagal dia tak buat dah sebab sebelum tu dia dah cucuk aku dua kali untuk amik darah gagal jugak hahaha. kali kedua cucuk, barulah dapat darah sikit. kesannya, tangan aku lebam seminggu sebab dia godek-godek kat lubang tu bagi darah keluar. nak marah, malas. biarlah dia nak belajar. harap pasni cekap sikitlah. almost midnight, doktor panggil nak scan. pakar tu dia cuti, tapi dia datang jugak nak check on patient dia. aku tanya, dia ke nak operate aku esok tapi dia kata dia pun tak pasti. lepas scan, dia explain sekali lagi pasal procedure esok, and kalau ada soalan boleh tanya dia. lepas tu, baru nak tidur, doktor datang lagi mintak isi borang sign etc. nasibla doktor sabar, sebab aku jenis akan baca satu-satu before sign. memang perangai haha. 

branula pakar bius pasang esoknya, sebelum operate. aku dah kelaparan, hampir pukul 10 baru diorang panggil turun OT. duduk dekat waiting area tu, rupanya malam tadi borang kebenaran ada yang tak sign lagi. doktor tertinggal huhu. so sign masa kat situ jugak, tapi still sempat mintak nak baca satu-satu hahaha. masuk OT pukul 10.50. last aku tengok jam kul11, sebelum aku terlelap dek penangan ubat bius. operation sekejap je. masa azan zohor aku dah tersedar. tak tahulah berapa lama aku tidur hahaha. selalunya lepas operate diorang akan letak kita kat waiting room sampai sedarkan. tapi kes aku, diorang kejutkan sebab oksigen rendah. suruh aku bernafas. bukak mata, benda pertama terfikir alhamdulillah aku masih hidup. kedua terus tanya dekat orang sekeliling baby cemana sebab diorang cakap kuat jugak suruh aku tarik nafas. tarik nafas, tarikkkkkk. oksigen awak low ni kesian baby. dalam mamai-mamai aku pun panik terus bernafas macam baru lepas lemas hahahaha. masa tu rasa sakit kat perut tapi bearable lagilah pada aku. cam okay, tak la sakit sangat hahaha. lepas oksigen nampak dah okay, diorang hantar naik wad sendiri, terus aku terlelap sampai pukul 3.30. 

terjaga je, kelaparan yang amat sebab aku dah puasa since tengahmalam tadi. minum air je sementara tunggu laki aku sampai. lagipun doktor memang tak bagi terus melahap kalau lepas operate, takut nanti muntah. tapi so far aku okay. sekali je muntah angin, sebab perut kosong lama sangat. btw, memang aku tak bagi laki aku datang tunggu aku operate sebab buang masa. baik dia pi kerja hehe. aku dah operate dua kali before this, so dah boleh agak pukul bape dia patut datang. laki aku datang pukul 4, mintak dia bawak pergi kencing. ngilu nak mampus bersepah habis kencing hahaha. sekali tu jela laki aku pimpin, yang lain pastu aku dah boleh bangun jalan sendiri. okaylah, tak sakit sangat tapi duduk lama-lama berdenyut la jugak. settle kencing, aku makan. tapi tak sedap sebab bubur tawar, ikan pun tawar hahaha. ikan besar tapak kaki, takut nak makan haha. sebab lapar, makan jugaklah sikit. pastu laki aku turun beli biskut dengan buah, baru sedap sikit heheh. 

petang lepas operate bila doktor round, aku tanyala boleh tak nak tahu pasal operation tu. cyst tu betol ke dermoid, boleh ke saya tengok cyst tu etc. doktor kata, cyst aku bukan dermoid seperti dijangka, cuma endometriosis, aka chocolate cyst. actual size 5x5 sahaja. gambar takda, banyak patient dik non, tak sempat nak ambik-ambik gambar selfie2 ni hahahah. chocolate cyst ni doktor kata bila kita period darah tak turun habis, dia back flow terkumpul dalam kantung belakang rahim. tu lah cyst durjana aku tu. pastu aku tanya baby okay ke. dia kata ikut report okay, doktor kata nanti kita scan untuk tengok baby. doktor tanya dah kentut ke, jawapannya belum hahaha. kencing je dah. doktor kata kalau dah kentut or membuang, bitau sebab nak masuk rekod. buat pertama kalinya aku rasa eh penting jugak kentut ni hahaha.

aku operate jumaat, patut sabtu dah boleh keluar. tapi sabtu pagi aku ada bleeding, doktor tahan tak bagi balik. malam, diorang bagi ubat anti contraction (masuk through iv), dengan duphston. kebas tangan sebab ubat anti contraction tu. badan terus dedar macam nak demam hehe. hari sabtu ni, aku dah berjaya kentut dan membuang tapi sembelit sakit nak mampus meneran hahaha. since pagi sabtu tu aku tunggu tak ada kabar lagi pasal baby. sabtu malam dalam pukul 9+ aku tanya doktor laki sorang ni, bila nak scan, doktor kata saya patut kena scan ni, bluntly dia jawab dia termiss nama aku. dia pi panggil orang lain yang tak patut scan, and terlupa nak panggil aku. aku macam whatttsssssss. apa ni doktorrrr. kecewa terus tidur. yela, aku ni bleeding, risaula baby aku cemana. tak kisah pun apa outcome sebab aku dah redha, tapi aku nak jawapan yang pasti. sebab sedih sangat, aku pun terus tidur je lepas membebel kat laki haha. 

11.30, bangun nak kencing ada lagi darah, bitau dekat nurse, pastu sambung tidur balik. sekali doktor datang kata jom kita scan sekarang. it was almost midnight, aku dah mamai-mamai haha. tapi pergi jugakla jalan kaki ke wad seberang. semangat nak tengok baby hehehe. baby okay, happy je duduk dalam tu. doktor kata so far so good. last bleeding 11.30 malam, so ahadnya aku boleh balik kalau takde pape. ahad, dalam tengahari doktor pakar datang round. dia kata aku dah boleh balik, lepas ni check up kat KK je. aku kata okay, tapi nanti doktor KK refer sini ke cemana ek sebab buku pink saya takde tulis pape. ke akan tulis nanti? hahah terus ramai-ramai doktor kat situ kena jerkah sebab dia kata, apa-apa procedure tulis kat buku pink ni. buku dah ada, kenapa biar kosong. terus aku rasa bersalah sebab mulut bocor hahaha. 

jadi disebabkan buku pink aku kosong, sebelum balik doktor scan sekali lagi sebab nak kepilkan report dalam buku pink hehe. dapatlah aku tengok baby sekali lagi. banyak gila keping gambar scan dalam buku aku ni hahaha. before balik, dapat bekalan ubat angin (sebab perut sakit, bahu and tangan sakit), PCM, and duphaston. tu jela pun ubatnya. next appointment bulan january, mc dapat 9 hari. ahad petang, aku berjaya balik tidur katil sendiri. nikmatnyaaaa.

lepas buang cyst tu, sakit bontot (belah kiri) dan pinggang aku terus hilang. sebelum ni, nak kalih badan pun sakit gila. bila hilang tu memang lega teramat la kan. doktor kata boleh jadi cyst tu tekan tulang pelvic, tu yang aku sakit bontot macam salah urat tu. tapi bila masuk week16, mula balik sakit pinggang ni huhu. redha jela jawabnya. pasal baby, aku banyak bincang dengan doktor, baca kutip sana sini. kesimpulannya, procedure ni secara umumnya memang selamat, tapi Allah jualah yang menentukan keberadaan bayi tu. yang boleh kita buat, memang doa doa doa. 

in fact, walaupun dah selamat buat masa sekarang, Allah jugaklah yang memegang nasib, nyawa anak ni. so aku memang berserah pada Allah, biarlah Allah yang menentukan apa yang baik untuk kami. apa pun, aku redha. bak kata kawan kerja aku - yang penting hang tau hang tak mandul. hahaha kasaqnyaaaaa... tapi, itulah kebenarannya.

panjang dah ni. tapi sebab aku malas nak tulis bersiri-siri, gigihlah sapa nak baca sampai habis hahah. kalau ada soalan, boleh tanya naa. kot ada tertinggal apa-apa. aku takdak niat nak bragging pasal pregnancy ka apa ka. kalau ikutkan memang tamau habaq sampai beranak. tapi bila jadi macam ni, aku sendiri setiap hari diselubungi ketakutan, rasa ragu-ragu, etc, so aku nak tolong orang kot ada yang kena macam aku. tanyalah, aku cuba jawab apa aku tau. hehehe.