Thursday, February 18, 2016

Sekelip mata

Pernah tak kau rasa, how quick things change? Macam masa kau masuk tidur, semua macam biasa, esok bangun hidup kau berubah? Macam tak percaya things are not gonna be the same anymore huhu.

That's exactly what i feel now. Dulu perut memboyak sebab gemok, tapi masih mampu sorok. Even few months pregnant aku masih seronok sebab orang tak perasan. Orang cuma ingat aku gemok hahaha.

But now, aku macam dah bawak beach ball dah ni hahaha. Bilaaaa kau membesar wahai perut?? Dahlah keras bulat adoyai. Pakai jubah besar, tudung besar pun masih membusung jugak hahaha.

Mak redha. Tapi boleh tak kau stop tendang tekan dan korek pundi kencing mak? Please. Tak larat nak membusung ke toilet, kencing cuma setitis dua. Tak puas. Hahaha. Eee stress.

Monday, February 15, 2016

privacy issue

aku selalu cakap aku bipolar kan? hahaha kadang macam sahih bipolar, sebab tiap kali nak tulis apa-apa kat sini, aku selalu terkenang-kenang terfikir-fikir what if orang judge aku? what if laki aku baca? what if orang yang kenal aku in real life baca? hahaha banyak fikir, lepas tu cancel lah tulis hahaha tu yang kengkadang lama tak ada update huhu.

lepas tu, tengok blogger lain earn income, mulalah rasa macam eh seronoknya cakap merepek pun boleh buat duit hahahaha. eh tapi fikir pulak, nanti kalau dah femes, kena jemput pergi event cemana? aku dahla pemalu bahahaha bodohnya perasan nak mampus hahahaha. laki aku tau aku rajin tulis kat blog, tapi lepas dia sentap dia ada terasa aku seperti mengutuk dia dalam ni, terus dia unfollow aku hahaha. aku pun tukar url terus sebab aku nak kan ketenangan dalam menulis hahahaha poyo je. laki aku kata kalau aku istiqamah tulis entry, mesti boleh femes jadi kaya jugak hahahaha ni lagi tak boleh blah gila kompiden kau bang dengan bini kau nii hahaha.

entahlah. since aku tak ramai kawan, ni jela tempat aku merepek atau tulis suara dalaman aku yang aku taleh nak cakap dekat orang lain, hatta laki sendiri walaupun laki aku tu boleh kira bff aku jugak. yela, manusia ni semua ada hati kot. aku pun takdalah bodoh sangat nak cakap main lepas je tak fikir hati orang hahaha. selalunya deep dark thoughts aku tulislah dekat sini, selain daripada percakapan merapu-rapu yang lain haha. tapi yang otak kuning-kuning aku tak tulis lah sebab aku ni sangat pemalu hahahahahhahahaha cam bangang selalu cakap pemalu tapi mulut riuh macamkan sosial sangat.

lepas tu kalau nak tulis pasal orang yang aku meluat ke, tengah sakit hati ke mesti nak berkias-kias hahahaha. acah-acah suci tanak mengutuk ke mengumpat tapi nak jugak bercakap nak let go la konon. bipolar la tu kan? hahaha. nak-nak kalau ada ikatan kekeluargaan macam adik beradik ke, ipar duai ke etc. rasa macam ishhh macam jahat je, macam tak patut je nak bukak pekong. tapi nanti jiwa kacau sebab tak dapat nak lepaskan apa yang terbuku di hati ni ecewah patutnya mengadu kat tuhan ni kau mengadu kat blog pulak hahahaha dasar iman cetek sungguh kau ni.

nanti bila hati aku berbolak balik, or aku rasa orang komen tapi tersasar daripada apa yang aku cuba sampaikan, mulalah aku rasa macam nak tutup blog ni, takpun tukar url lagi hahaha acah-acah melarikan diri and start all over again hahaha. apakes la isu dalaman ni selalu sangat menyemak ambil ruang yang tak patut dalam diri hahaha. padahal banyak lagi isu lain nak fikir, ini yang kau nak semak sangat. priorities la sangat hahahah.

tapi aku rasa sebagai manusia yang kompleks, benda ni memang akan berulang-ulang sampailah aku rasa menulis di sini dah tak relevan hahahah. aku pun kadang terfikir, blog aku ni kosong je, tak berwarna warni, gambar memang jarang ada, penuh dengan penulisan merepek berjela-jela. but why am i still here? hahaha dahlah, aku dah confuse. 

terima kasih sudi baca aku merepek. kalau baca la. aku dengar amran fans kata, orang malaysia malas baca panjang-panjang hahahaha. aku? tengoklah. kalau penulisan tak menggunakan bahasa terlalu pasar, aku suka je baca hehehe. tu yang kadang kerja tak jadi, sebuk dok skodeng blog orang hahaha. aku nak komen aku malu. lepas tu kadang nak kena login etc terus jadi pemalas. pemalu dan pemalas, apa pun tak boleh hahaha. dasar betul.

Sunday, February 7, 2016

Cuma sekadar monolog sepi

Seronok jadi orang yang cuma pandai bercakap, bagi pandangan atas situasi, masalah orang lain sedangkan bukan diri sendiri yang mengalami.

Cakap senang. Mudah, semudah abc. Betul apa kau cakap. Tapi bila diletak dalam situasi ibu dan anak, kau rasa mudah ke bertindak? Ingat mudah tarik rambut dalam tepung, tepung tak tumpah rambut tak putus?

Tapi yelah. Cakap banyak kang kata aku melawan. Tapi kalau tak bercakap, tak bagi tindakbalas kemain laju kau melabel, memberi pandangan yang berat sebelah. Tak fikir perasaan aku. So sebenarnya, kau dengar tak apa aku cuba sampaikan? Kau tahu tak how serious is the battle?

Nanti bila masa kena cuci tahi ni semua, kau akan jadikan itu ini alasan untuk memberatkan hanya satu pihak. Belum apa-apa dah macam-macam plan, rancangan kau buat tanpa kau tanya apa aku rasa. Kenapa berat sebelah? Belah satu lagi bukan tanggungjawab aku jugak ke? Bukan tanggungjawab kau jugak?

Rasa macam nak pecah dada sebab aku nak jerit kat muka kau. Aku nak tampar, nak ganyang mulut kau sampai pecah berdarah. Sebab bercakap membuta tuli, menuduh, mengungkit itu ini. Tapi, itulah. Kalaulah semudah abc untuk bertindak, kaulah mangsa pertama sebenarnya.

Tak nampak, ke?